Asus Memperkenalkan Taichi

Peranti Hibrid Antara Komputer Riba Dan Tablet

Max Payne 3

After the events of Max Payne 2 was eight years old. Max did not cop - he drunken, unemployed sitting on painkillers. Broken. Crushed. Without a goal. But, by chance after moving to Brazil, he entered the service in a private security agency and is assigned to protect the family of successful real estate dealer.

How to Create your Own Google Chrome Theme

Google chrome is the most popular browser and it has many themes in chrome store but I'll going to show you how to create your own theme with your own background and that to for free !.

GERHANA BULAN 4 JUN TRANSIT PLANET ZUHRAH 6 JUN 2012

Gerhana bulan 4 jun transit planet zuhrah 6 jun 2012 dua fenomena yang julung kalinya berlaku iaitu gerhana bulan separa dan transit planet ...

iPad Bakal Menerima Sokongan Siri Melalui iOS6?

Nampaknya, sokongan bantuan maya berasaskan suara daripada Apple, iaitu Siri yang eksklusif hanya untuk iPhone 4S selama ini mungkin berubah tidak lama lagi, apabila laporan awal kini mengatakan Apple bakal membawakan sokongan Siri kepada iPad melalui kemaskini iOS 6 kelak, sekaligus membolehkan para pengguna iPad menggunakan fungsi tersebut..

Qubbat As-Sakhrah

Qubbat As-Sakhrah, seni binaan agung Islam yang pertama dibina diantara tahun 687 masihi sehingga tahun 691 masihi oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan, khalifah kerajaan Ummaiyyah. Ia dibina setengah kurun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.. Pelbagai masalah dan cabaran dihadapi bagi mempertahankan dan mengekalkan dan mengelakkan bangunan ini daripada musnah. Sejarah Qubbat Al-Sakhrah boleh difokuskan kepada empat zaman secara keseluruhannya iaitu Zaman Islam, Zaman Perang Salib, Zaman Mandat British dan Zaman Pendudukan Israel.


Israk Mikraj

Pada tahun kesembilan misi Rasulullah s.a.w., lebih kurang tahun 620 masihi, Nabi Muhammad berjaga pada waktu malam untuk melakukan ibadah di Masjidil Haram, Makkah. Selepas beribadat, baginda tertidur seketika dekat Kaabah. Malaikat Jibril datang mengejutkan Rasulullah daripada tidur dan membawa baginda ke hujung Masjidil Haram. Menanti mereka ialah sejenis makhluk yang bernama Al Buraq. Rasulullah kemudiannya menaiki Al Buraq yang kemudian membawa baginda ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis dalam sekelip mata.
Apabila tiba di Baitulmuqaddis, Rasulullah turun daripada Al Buraq dan bersembahyang dekat sebuah batu. Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s,Nabi Isa a.s dan nabi-nabi yang lain berkumpul bersama dan bersolat bersama-sama baginda. Nabi Muhammad s.a.w. dipersembahkan semangkuk arak dan semangkuk susu. Rasulullah s.a.w. memilih susu. Malaikat Jibril a.s kemudiannya berkata "Ternyata engkau telah memilih ajaran yang sebenar". Rasulullah kemudiannya naik ke langit untuk menerima perintah menunaikan solat kepada umat Islam.

Penaklukan Baitulmuqaddis


Pemandangan di dalam Qubbat As-Sakhrah.
Pada tahun 638 masihi, selepas beberapa tahun kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., tentera Islam mengepung Baitulmuqaddis. Ketua Gereja Baitulmuqaddis, Sophronius, menyerahkan kota itu selepas kepungan yang singkat. Cuma terdapat satu syarat iaitu perbincangan mengenai penyerahan itu mestilah menerusi Khalifah Saidina Umar Al Khatab sendiri, khalifah kedua Islam.
Saidina Umar memasuki Baitulmuqaddis dengan berjalan. Tidak ada pertumpahan darah dan tidak ada pembunuhan oleh tentera Islam. Sesiapa yang ingin meninggalkan Baitulmuqaddis dengan segala harta benda mereka, dibenarkan berbuat demikian. Sesiapa yang ingin terus tinggal dijamin keselamatan nyawa, harta benda, dan tempat beribadat mereka. Semua ini terkandung dalam Perjanjian Umariyya.
Buat pertama kalinya Baitulmuqaddis terselamat daripada bermandi darah. Mengikut cerita, Saidina Umar kemudiannya menemani Sophronious ke gereja Church of the Holy Sepulchre yang mana Saidina Umar ditawarkan bersolat di dalamnya. Saidina umar menolak takut akan timbulnya syak wasangka yang dapat menjejaskan penggunaan gereja itu sebagai tempat beribadat penganut Kristian. Saidina Umar sebaliknya menunaikan solat di sebelah selatan gereja tersebut yang kini merupakan tapak Masjid Umar di Baitulmuqaddis.
Saidina Umar kemudiannya meminta supaya dibawa ke tempat Masjidil Aqsa dengan ditemani beratus-ratus orang Islam. Saidina Umar mendapati tempat itu dipenuhi dengan habuk dan sampah sarap. Saidina Umar terus mengarahkan supaya tempat itu dibersihkan dengan serta-merta. Sebuah masjid yang diperbuat daripada kayu kemudiannya didirikan pada masa Saidina Umar di sebelah paling selatan iaitu Al Haram Al Sharif.

Pembinaan

Dalam tahun 630, beberapa tahun sebelum Qubbat As-Sakhrah dibina, Umar ibn al-Khattāb dibantu oleh Kaab al-Ahbar dan orang Islam yang lain memulihkan batu-batu asas dan menggali ia keluar daripada debu dan membersihkan kawasan yang telah ditinggalkan untuk beratus tahun sejak dimusnahkan oleh tentera Rom. Ibn Asakir[1] menyatakan yang Saidina Umar Al-Khatab tidak pernah membina apa-apa rumah ibadat untuk orang Islam bersembahyang tetapi memilih untuk mendirikan sbuah masjid di kawasan selatan Al Haram Al Sharif. Saidina Umar berbuat demikian bagi menjelaskan bahawa kiblat terletak di bahagian selatan, ke arah Kaabah di Mekah dan bahawa orang Islam tidak pernah berbalah dalam menentukan arah kiblat. Kawasan batu asas kekal tidak terbongkar sehinggalah masa khalifah Abdul Malik bin Marwan yang memulakan pembinaan dalam tahun 685, menyiapkannya dalam tahun 691. Sarjana Islam al-Wasiti melaporkan kejadian ini:
Apabila Abdul Malik bin Marwan hendak membina Qubbat As-Sakhrah, baginda datang dari Damsyik ke Baitulmuqaddis. Dia menulis, "Abd al-Malik berkehendakan untuk membina sebuah kubah di atas As-Sakhrah (Batu) untuk melindungi orang Muslim daripada panas dan sejuk, dan hendak membina masjid. Tetapi sebelum dia bermula dia ingin tahu pendapat rakyatnya." Dengan persetujuan mereka, timbalan menulis kembali, "Semoga Allah membenarkan siapnya projek ini, dan moga Allah s.w.t. merestui pembinaan masjid dan kubah ini dan memberi rahmat kepada Abd al-Malik dan para penggantinya." Dia kemudian menghimpunkan tukang-tukang binaan daripada semua wilayah kekuasaannya dan meminta mereka untuk menyediakan deskripsinya dan bentuk perancangan kubah pembinaan dirancangkan.
—Abu-Bakr al-Wasiti, Fada'il Bayt al-Maqdis, ms. 80-81, judul 136.[2]
Baitulmuqaddis ialah tempat suci bagi agama Kristian, Yahudi, dan Islam. Selepas kematian Saidina Ali Abi Talib (khalifah terakhir Khulafa al-Rasyidin), menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w., adalah di Baitulmuqaddis pemimpin-pemimpin Arab dan Islam bertemu pada tahun 660 untuk memilih khalifah yang baru. Mu'awiyah, pengasas kerajaan Bani Ummaiyyah telah dipilih sebagai khalifah. Beberapa tahun selepas itu, Khalifah Abdul Malik bin Marwan mengarahkan pembinaan Qubbat Al-Sakhrah sebagai simbol perpaduan agama Kristian, Yahudi, dan Islam.

0 comments:

Post a Comment